Mengetahui kek mengandungi wine or rum

Posted by MARDYAH & AIN | 12/24/2009 08:14:00 PM | , , | 4 comments »

This entry i've got from chef farid's blog. A good thing to share.

http://cheffarid.blogspot.com/2007/03/cara-mengetahui-kek-yang-mengandungi.html

[[Pengalaman bekerja di Hotel telah memberi pengalaman yang ingin saya kongsikan bersama pembaca semua. Saya pernah di lemparkan dengan kek yang saya buat kerana tidak mencampurkan wain atau rum.Rasa bersalah sentiasa menghantui kerana bersubahat untuk menghidangkan makanan yang tidak halal kepada orang Islam yang lain. Dengan itu saya berhenti kerja, coz saya rasa ada tempat lain lagi,yang boleh saya dapat rezeki yang halal.

Disini saya perturunkan, bagaimana ingin mengetahui kek yang kita makan mengandungi bahan tersebut. Apabila kek yang ada wain, rasanya seakan-akan masam sedikit. Puas saya fikirkan macaman nak memperjelaskan lagi rasanya.ok la,pernah tak buat Sponge Cake ( Sponge Cake Mix 100 gram, Air 100ml, Telur 100 ml dan Minyak 100 ml), kalau pernah cuba gantikan air dalam resepi, dengan air Pep.. atau Coke. Hasilnya kek kita akan terasa masam-masam sedikit seperti kek yang ada wain. Cubala buat, dan simpan "rasa" itu supaya kita akan lebih berhati-hati lagi dimasa akan datang, dan beritahu rakan2 atau saudara mara.

Untuk pengetahuan, adunan kek biasanya digaul dengan tangan. Oleh itu, berhati-hatilah membeli kek.]]

Jadi, DO know what the things are you putting inside ur mouth.. waAllahua'lam

Prinsip ini - Relevankah ia

Posted by MARDYAH & AIN | 12/20/2009 05:34:00 PM | | 6 comments »

Entry kali ini, menyimpang sedikit dari tujuan sebenar blog ini.
Kadang-kadang, dalam satu ketika. prinsip-prinsip yg dipegang kukuh selama ini, ditolak tepi. utk menjaga hubungan dan hati, ataupun lantaran iman sudah mencari sudutnya di tangga-tangga bawahan.

Ingin dikongsi forwarded email ini.


>>TIPS BERURUSAN DENGAN LELAKI

Berikut adalah 5 tips bagaimana berurusan dengan lelaki ajnabi. Tips-tips ini telah dikongsi oleh seorang sahabat yang amat disegani oleh kaum lelaki dan kaum wanita. Semoga dengan mengamalkan perbatasan hubungan ini, akan lebih mensucikan hati kita dan hati mereka. Sama-samalah kita menjaga hati...

1. Elakkan berurusan dengan lelaki - Selagi masih boleh dan berpeluang untuk minta tolong daripada perempuan. Kecuali dalam hal seperti dalam hal repair kereta, repair laptop dan lain-lain. Disebabkan limitation kemampuan wanita dalam hal tersebut, maka terpaksalah juga akhirnya minta bantuan daripada orang lelaki.

2. Kalau terpaksa berkomunikasi dengan orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan seperti SMS, e-mail atau nota kecil. Gunakan perkataan-perkataan formal,bukan bahasa pasar. Contoh :maaf(bukan sorrie..), terima kasih(bukan time kacih..). Lagi satu, tak payahlah buat smiley face ke =),gelak ke (hihihi..), dan lain-lain yang kurang berfaedah.

Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum betul-betul desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa insan yang bernama lelaki. Buktinya sampai ALLAH sound kepada wanita supaya keraskan suara! Rujuk Quran,Surah Al-Ahzab, ayat 32 :"Wahai isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah-lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik." Kalau rasa ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri nabi sahaja, sepatutnya kita juga menyahut seruan tersebut untuk mencapai darjat yang sama seperti mereka-darjat wanita bertaqwa dan darjat wanita-wanita yang terpilih, kan ???

3. Tundukkan hati. Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang-kerana takut pada ALLAH! Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki tersebut tertarik kepada kita. Sewaktu berhadapan dengan lelaki-lelaki tersebut, banyakkan beristighfar dan berdoa “ YA ALLAH, janganlah KAU jadikan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya daripada panahan-panahan syaitan.”

4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dengan subjek communication skills yang pernah kita belajar, "make eye contact with the person you’re talking to..". Ianya applicable kalau kita bercakap dengan sesama jantina sahaja. Kalau ada eye contact dengan orang yang berlainan jantina, kita akan mendapati teori “dari mata turun ke hati” itu benar-benar bisa berlaku.

Para sahabat dahulu pun, ALLAH perintahkan supaya tahan pandangan mata mereka apabila berurusan dengan isteri-isteri nabi. Rujuk kembali Surah Al-Ahzab, ayat 53 :"…apabila kamu meminta sesuatu daripada isteri nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagimu dan hati mereka…". Tetapi kita bukanlah disuruh membawa tabir ke mana-mana kita pergi. Kalau susah sangat nak jaga mata, tutuplah pandangan dengan buku ke, fail ke..

Kita lihat betapa ALLAH sangat mengambil berat masalah hati para sahabat dan isteri-isteri nabi supaya mereka tidak tewas ke dalm kemungkaran. Kalau kita nak jadi sehebat mereka, kenalah aplikasikan apa yang mereka lakukan. Takkan nak tunggu ALLAH sebut nama kita dalam Quran baru nak buat. Contoh :"Wahai cik _____, tundukkanlah pandangan.." . Isk,isk..tak layaknya..

5. Cepatkan urusan. Perkara ini mungkin applicable kepada students/orang yang dah bekerja dan terpaksa berurusan dengan team lelaki. Dah tak dapat nak dielakkan, mereka sahaja teammate kita. So, apa-apa kerja yang dibuat bersama, buat sahajalah kerja tersebut. Tak payahlah nak berborak-borak, tanya hal peribadi, gelak-gelak, buat lawak..tak perlu,TAK PERLU! Siapkan kerja cepat-cepat, then go. Discussion venue pula buatlah di tempat yang proper dan berurusanlah secara professional.<<

Jagalah kesucian hati. hati yg gelap dan kotor menyukarkan cahaya iman utk menembusinya. bersihkan hati..dgn zikrullah. dgn mengingati Allah. prinsip2 diri, selagi ianya mengikut syariat dan tidak bertentangan dgn agama, peganglah ia sekukuhnya. kerana itulah identiti diri kita. jgn biarkan insan lain meruntuhkan prinsip2 yg selama ini kita semat sedalamnya.

peringatan utk diri yg sering alpa dan leka. waAllahua'lam.

New utensils for my kitchen

Posted by MARDYAH & AIN | 12/18/2009 10:54:00 AM | , | 3 comments »

Ketika menemankan mama membeli barang2 dapur, sy lantas teringat akan beberapa peralatan yg sudah lama mahu dibeli. Pertamanya, bekas menyukat air. The old one, sudah xboleh digunakan utk menyukat lagi lantaran senggatannya sudah hilang. Mmg murah, tetapi hilang rasa ke‘murah’annya setelah baru beberapa kali dibersihkan dgn sabun .



Perhatikan kesan merah di badan bekas tersebut. Itulah senggatannya dahulu tetapi sekarang sudah hilang kesemuanya. So i’ve got myself a new one which is a little bit pricy but, satisfyingly happy with the new one. Jadi next time jika mahu membeli bekas penyukat tu, pastikan senggatannya bukan dari jenis yg mudah tertanggal.



Next, i’ve bought this egg cutter. Actually bukanlah byk sgt telur yg nak dipotong selalu dan mama pun membantah sy membeli egg cutter ni. Along malas sgt ke nak potong telur tu katanya. Tetapi mama tu sebenarnya lebih kepada tidak mahu mengeluarkan duitnya..sy menjelaskan pada mama,

“ma, kalau kita buat majlis atau rumah terbuka lagi comel potongan telur ma..lagi presentable..”

lalu sy menghadiahkan senyuman simpul pada mama. Bukanlah mahu membazir lantaran harganya pun tidaklah semahal mana dan teringin nak mencuba alat ni.





The last one, sy membeli cake tester ni, which is quite important and really make it easier for us to test the doneness of the cake. Before this, i only use a fork for that purpose. Garfu agak pendek dan banyak cucukan so somehow it does not suit very much for that fragile cake. Lidi pun boleh juga diguna, namun diameter nya yg agak besar meninggalkan bekas pada kek tersebut.

Apapun, wasatiah selalu dan jgn membazir.

Mar’s family Cameron trip

Posted by MARDYAH & AIN | 12/17/2009 07:08:00 PM | | 0 comments »

Salam 'alaik..

Lama benar xupdate blog nih..maaf ye..agak busy dengan rutin seharian..senanya xda idea sangat nak menulis blog, maklum la baru nak berjinak-jinak dengan dunia blog nih..huhu
Alhamdulillah, tanggal 4hb Disember tempoh hari saya diberi peluang untuk pergi bercuti bersama keluarga ke Cameron Highland buat kali kedua pada tahun ni.. Kami memilih untuk menginap di Villa Dahlia yang juga merupakan apartment family.
Sangat seronok dapat spend our quality time together sambil menikmati ciptaan Tuhan..
Beberapa gambar yang tak seberapa untuk dikongsi bersama rakan-rakan pembaca:
Baby Maryam yang berangan nak drive g Cameron
Baby maryam yang keletihan semasa dalam perjalanan selepas penat drive(huhu)

Da sampai! Abah and Baby Maryam dalam bilik apartment.She looks so happy =)
We cook Ayam masak kicap mix with Cameron's fresh veggies for dinner
Time for a walk..(naik keta actually)
We got 3kg for RM60 thanks to abah's business dealing talent =P kalau kat market, diorang jual only 500g for RM15
Jakun sebentar bila sweet potato yang direbus bewarna purple,mcm yam pun ada kan, seriously ni bkn yam ok..^^

Some info:
"Strawberries are the only known fruit to carry their seeds outside, with an average of 200 seeds per fruit. The leaves and roots of strawberries are claimed for their medicinal benefits in terms of easing diarrhea, digestive upsets and gout. You'll find strawberries leaves in blended herbal teas. The fruit juice is also used to treat sunburn, skin blemishes and discolored teeth.

Nutrients found in strawberries include vitamin A, C and B6, fiber, potassium, folate and various antioxidants and flavonoids. Your immune system needs these fighters to protect you against diseases related to heart and cancers.

Compared to fruits like apples, oranges or bananas, they score highest in most of the nutrients. For example, comparing the Vitamin C level in 100g of strawberries and 100g of oranges, strawberries exceed oranges by 10mg. Best of all, they are low in calories and absolutely fat-free!"
Quote from here
“Purple sweet potatoes have high contents of anthocyanin, which is a pigment that presents the purple color in the vegetable. The pigment can produce red, blue and purple colors depending on the source's chemical structure, such as in foods like blueberries, red grapes and red cabbage.
Anthocyanins have been epidemiologically associated with a reduced cancer risk, but the anti-cancer ability of the purple sweet potato has not been well investigated.”
Quote from here
Interesting right?It’s the hard to find sweet potato..as the name, it was sweet and give different feeling from orange coloured sweet potato..kat Cameron je ke ada eh?
p/s: Dengar cita umi, bulan 1 tahun depan nak naik Cameron g, if without me xleh jadi nih..haish
p/s : Dengar cita Ain pun g Cameron at same time as me, sayang xjumpa sebab xtahu..pe lagi Ain, story la cita Cameron awak juga,hehe =)

Wa ilal liqa',