Salam...
Berkenaan utk post semalam...agaknya perlu digugurkan dari wall ni untuk mengelak sebarang perkara berunsur fitnah (will be deleted by today), McD da claim balik sumber daging mereka dari sumber yang HALAL. boleh rujuk Si Tikus balik utk lebih lanjut (link).Tapi masih buat masa sekarang Halal Direktori JAKIM xde update, boleh rujuk sini untuk sebarang update, InsyaAllah.Maafkan saya jika menimbulkan keraguan mana-mana pihak.
Wallahu'alam
Still i'm not lovin' it..not a healthy food for me~ hehe
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
love,
Mar
14-08-10 = 24th year!
Semoga ditingkatkan Iman dan sentiasa berada dalam RahmatNya~ ^^love,
Mar
JADUAL HARIAN SEORANG MUSLIM DI BULAN RAMADHAN
Posted by MARDYAH & AIN | 8/11/2010 11:18:00 AM | 0 comments »Assalamualaikum w.b.t
Perkongsian dari Akhi Akmal dari Facebook, semoga bermanfaat untuk dijadikan panduan kita di Ramadhan mulia ni.
JADUAL HARIAN SEORANG MUSLIM DI BULAN RAMADHAN
4.00 pagi  -    Bangun
Berdoalah  kepada ALLAH dengan doa :
"Segala puji bagi ALLAH yang telah  menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadaNYAlah aku akan  dikembalikan".
Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak  mungkin kebaikan pada hari itu. Mandi dan membersihkan diri. Mengambil  wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.
4.20  pagi  -    Solat Sunat Taubat
Niatnya : Sahaja aku solatsunat taubat  2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca  surah Al-Kafirun.
Rakaat  kedua selepas Al-Fatihah baca surah  Al-Ikhlas.
Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada  ALLAH.
Menangislah dan menyesali segala dosa.
 -     Solat Sunat Tahajjud
Niatnya : Sahaja aku solatsunat tahajjud 2  rakaat kerana ALLAH Taala.
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca  surah Al-Kafirun,
Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah  Al-Ikhlas.
Selepas sembahyang, berdoalah kepada ALLAH.
-     Solat Sunat Hajat
Niatnya : Sahaja aku solatsunat hajat 2 rakaat  kerana ALLAH Taala.
Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul  Kursi 1 kali.
Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11  kali.
Ketika sujud terakhir baca 11 kali, "Laillahailla anta  subhanakainni kuntuminaz zolimin"  dan sertakan di dalam hati segala  hajat kita.
-     Solat Sunat Witir
Niatnya : Sahaja aku  solatsunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Selepas salam, bangun  lagi dan solatwitir 1 rakaat.
Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan  penuh rasa kehambaan, rendah diri, mohon agar ALLAH ampunkan dosa-dosa  kita, terima taubat kita dan amalan kita, serta memperkenankan doa dan  permintaan kita.
5.00 pagi -    Bersahur
5.30 pagi  -     Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat.
Solatsunat  Subuh, solatSubuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar solatatau  baca Al-Quran hingga terbit matahari.
7.00 pagi  -    Membuat  persiapan ke tempat kerja.
Melangkah ke tempat kerja dengan membaca  Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA.  Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di  hati. Banyakkan istigfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan  bersemangat dan penuh bertanggungjawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH  sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan  membalas segala kebaikan yang kita buat.
10.00 pagi -     SolatSunat Dhuha
Ia adalah sumber rezeki yg berkat kalau istiqamah  diamalkan.
Niatnya : "Sahaja aku solatsunat dhuha 2 rakaat kerana  ALLAH Taala".
Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau  membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun  kecil dan perkara yg sia-sia.
Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk,  menyindir yang menyakitkan orang, bergaul bebas tanpa menjaga syariat  seperti berbual dengan bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut  paut dgn kerja.
12.45 tgh. -    Bersiap untuk solat Zohor.
Menunggu  waktu bersolatdengan berselawat. Solat Zohor berjemaah.
Laksanakan  juga solat sunat Rawatib Bersujud. Syukur setelah selesai solatsunat dan  wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg. memberi kita nikmat  besar dapat menyembahNYA.
4.15 ptg.  -    Bersedia untuk solat  Asar.
Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah.
Bersujud  syukurlah setelah selesai solatsunat dan wirid sebagai  berterima kasih  kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.
5.30  ptg. -    Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur.
Tanpa  berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu masih  ada dlm diri kita !!!
6.30 ptg. -    Memperbanyakkan doa sebelum  berbuka.
Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa.
Ingatlah  sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat  hanya lapar dan dahaga", mohonlah kepada ALLAH agar amalan kita  diterima.
Apabila masuk watu Magrib, Bacalah doa dan berbuka :
"Ya  ALLAH , Ya  Tuhanku , kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah  aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka".
Berbuka  puasa dengan makanan manis seperti buah kurma dan meminum air, terus  menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan  berat.
8.00 mlm. -    Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan  solat Terawih.
Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana  keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan  penuh tawadhuk, seelok-eloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan  bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan  membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan.  Kebanyakan  imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan  Ramadhan)
11.00 mlm. -    Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur.
Berniatlah  utk puasa esok hari dgn berniat : "Sahaja aku berpuasa hari esok untuk  menunaikan puasa ramadhan yg wajib ke atasku, tahun ini kerana ALLAH  Taala". (JANGAN LUPA!!!)
Tidur awal agar dapat bangun utk  beribadah. Bacalah doa sebelum tidur :
"Dengan namaMU Ya ALLAH, aku  hidup dan mati".
Ingatlah tidur adalah mati yg. sementara,  kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.
Selamat menjalani  ibadah puasa. Semoga segala amalan kita diterima dan diberkhati  ALLAH.   InsyaALLAH.
Salam 'Alaik..
Wah..lamanya blog ni menyepi..maafkan kami berdua yang agak kemalasan dlm meng'update' blog yang xseberapa ni..terasa macam dah bertahun x tulis blog. Last update was February 25, 2010 12:03 AM (x sampai setahun g rupanya =P). After a very long time, baru nak datang jenguk blog ni,kemas2 sikit before Ramadan. Kepada semua yang sudi ke blog kami, semoga kalian sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan  Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak. Semoga kita semua berjaya memperoleh segala ganjaran kebaikan sepanjang bulan mulia ini, InsyaAllah.

Some pictures, for the sake of refreshing our blog :
Made clumsily by me for ummi on Mother's Day..erk, buruknye, but i think the strawberry have made it look delicious, betol tak? he..
In a piece..

Oh, kek besar ni pulak adalah cabaran saya untuk dijadikan hadiah kepada kawan baik for her wedding last june..tahniah wacan (real name is hazwani) ^^ happy for her, ugh jeles jugak! huhu..(ignore the rail, appreciate it! ^^) 1st time decorate cake besar, jadi agak sememeh..hope can improve it in future, thanks Ain for your encouragement ^^,
Topping: You can pleasantly choose either buttercream icing, royal icing, cheesecream frosting, chocolate ganache or whipped cream frosting. Fondant and gumpaste flower decoration are also available.
Currently we only have vanilla, chocolate, orange, cheese, marble, banana and prune for the cupcakes. Steamed or baked. More flavors soon to come.
Ain & Mar
Halwasakeenah
Subscribe to:
Comments (Atom)



