Assalamualaikum w.b.t
Perkongsian dari Akhi Akmal dari Facebook, semoga bermanfaat untuk dijadikan panduan kita di Ramadhan mulia ni.
JADUAL HARIAN SEORANG MUSLIM DI BULAN RAMADHAN
4.00 pagi  -    Bangun
Berdoalah  kepada ALLAH dengan doa :
"Segala puji bagi ALLAH yang telah  menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadaNYAlah aku akan  dikembalikan".
Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak  mungkin kebaikan pada hari itu. Mandi dan membersihkan diri. Mengambil  wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.
4.20  pagi  -    Solat Sunat Taubat
Niatnya : Sahaja aku solatsunat taubat  2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca  surah Al-Kafirun.
Rakaat  kedua selepas Al-Fatihah baca surah  Al-Ikhlas.
Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada  ALLAH.
Menangislah dan menyesali segala dosa.
 -     Solat Sunat Tahajjud
Niatnya : Sahaja aku solatsunat tahajjud 2  rakaat kerana ALLAH Taala.
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca  surah Al-Kafirun,
Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah  Al-Ikhlas.
Selepas sembahyang, berdoalah kepada ALLAH.
-     Solat Sunat Hajat
Niatnya : Sahaja aku solatsunat hajat 2 rakaat  kerana ALLAH Taala.
Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul  Kursi 1 kali.
Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11  kali.
Ketika sujud terakhir baca 11 kali, "Laillahailla anta  subhanakainni kuntuminaz zolimin"  dan sertakan di dalam hati segala  hajat kita.
-     Solat Sunat Witir
Niatnya : Sahaja aku  solatsunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Selepas salam, bangun  lagi dan solatwitir 1 rakaat.
Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan  penuh rasa kehambaan, rendah diri, mohon agar ALLAH ampunkan dosa-dosa  kita, terima taubat kita dan amalan kita, serta memperkenankan doa dan  permintaan kita.
5.00 pagi -    Bersahur
5.30 pagi  -     Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat.
Solatsunat  Subuh, solatSubuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar solatatau  baca Al-Quran hingga terbit matahari.
7.00 pagi  -    Membuat  persiapan ke tempat kerja.
Melangkah ke tempat kerja dengan membaca  Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA.  Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di  hati. Banyakkan istigfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan  bersemangat dan penuh bertanggungjawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH  sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan  membalas segala kebaikan yang kita buat.
10.00 pagi -     SolatSunat Dhuha
Ia adalah sumber rezeki yg berkat kalau istiqamah  diamalkan.
Niatnya : "Sahaja aku solatsunat dhuha 2 rakaat kerana  ALLAH Taala".
Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau  membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun  kecil dan perkara yg sia-sia.
Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk,  menyindir yang menyakitkan orang, bergaul bebas tanpa menjaga syariat  seperti berbual dengan bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut  paut dgn kerja.
12.45 tgh. -    Bersiap untuk solat Zohor.
Menunggu  waktu bersolatdengan berselawat. Solat Zohor berjemaah.
Laksanakan  juga solat sunat Rawatib Bersujud. Syukur setelah selesai solatsunat dan  wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg. memberi kita nikmat  besar dapat menyembahNYA.
4.15 ptg.  -    Bersedia untuk solat  Asar.
Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah.
Bersujud  syukurlah setelah selesai solatsunat dan wirid sebagai  berterima kasih  kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.
5.30  ptg. -    Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur.
Tanpa  berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu masih  ada dlm diri kita !!!
6.30 ptg. -    Memperbanyakkan doa sebelum  berbuka.
Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa.
Ingatlah  sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat  hanya lapar dan dahaga", mohonlah kepada ALLAH agar amalan kita  diterima.
Apabila masuk watu Magrib, Bacalah doa dan berbuka :
"Ya  ALLAH , Ya  Tuhanku , kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah  aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka".
Berbuka  puasa dengan makanan manis seperti buah kurma dan meminum air, terus  menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan  berat.
8.00 mlm. -    Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan  solat Terawih.
Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana  keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan  penuh tawadhuk, seelok-eloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan  bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan  membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan.  Kebanyakan  imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan  Ramadhan)
11.00 mlm. -    Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur.
Berniatlah  utk puasa esok hari dgn berniat : "Sahaja aku berpuasa hari esok untuk  menunaikan puasa ramadhan yg wajib ke atasku, tahun ini kerana ALLAH  Taala". (JANGAN LUPA!!!)
Tidur awal agar dapat bangun utk  beribadah. Bacalah doa sebelum tidur :
"Dengan namaMU Ya ALLAH, aku  hidup dan mati".
Ingatlah tidur adalah mati yg. sementara,  kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.
Selamat menjalani  ibadah puasa. Semoga segala amalan kita diterima dan diberkhati  ALLAH.   InsyaALLAH.
0 comments
Post a Comment