It's Friday Again....

Posted by MARDYAH & AIN | 9/28/2012 11:48:00 AM | 1 comments »

It's friday again. Today. Alhamdulillah.....Alhamdulillah.

Waiting for weekend always excites me. Why? Because I can spend my time with my family. With my complete set of family. Me, him, and our litttle bundle of joy, Hasan. Sounds like I'm a working mother? Hehe. 

Neway, my son is almost 9month old... Dia dah pandai merangkak, dan juga pandai meniti...in fact dia sgt suka berdiri(sambil pegang something ofcourse), almost sepanjang masa dia berjaga, kejenya berdiri aje kat sofa atau di dalam playpen...suruh duduk ke merangkak dia takmau...

Ok, enjoy your weekend...and do pray a lot on this barakah day...^_^

Hasan mula meniarap

Posted by MARDYAH & AIN | 8/03/2012 10:30:00 AM | | 0 comments »

Hasan mula meniarap pada usianya 3 bulan. Sebelum berjaya sepenuhnya untuk meniarap, dlm 2-3 hari dia sibuk nak memusingkan diri..siap dengan macam-macam bunyi dari mulut dia. Ummi dan abi hanya melihat dari jauh sambil tersenyum, nak tergelak pun ada kadang-kadang..Hari keempat dia mencuba, tiba-tiba terus dapat meniarap, terkejut ummi..terus lari ambil kamera nak tangkap gambar hasan.



first time meniarap,belum begitu stabil

muka puas berjaya meniarap
oops, hampir nak terjatuh balik

Putera Sulungku

Posted by MARDYAH & AIN | 7/29/2012 11:01:00 PM | | 0 comments »


Sudah lama kami tidak meng'update' blog ini...it's almost 2 years since our last entry and now, i'm married and blessed with a lovely son, named Hasan Musleh bin Muhammad Mukhlis. Mohon doanya moga anakku menjadi anak yang soleh wa musleh, insyaAllah.


ketika baru dilahirkan

bersama tokwan


Makanan Sunnah: Habbatus Sauda (Black Seed)

Posted by MARDYAH & AIN | 12/12/2010 06:31:00 PM | 2 comments »

Assalamualaikum w.b.t,

Kali ini terasa nak berblog mengenai salah satu makanan sunnah Nabi s.a.w, Habbatus Sauda' (scientific name: Nigella Sativa), atau dalam bahasa melayu adalah 'Jintan Hitam'
. Juga salah satu amalan makanan kesihatan penulis blog ni (walaupun x berapa konsisten). Makanan sunnah yang satu ni tersangat la banyak khasiatnya, seperti sabda Nabi s.a.w:

“Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)




Di dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Perubatan Cara Nabi) yang mana ditulis oleh Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda adalah dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Di dalam kitab tersebut disebutkan bahawa Habbatus Sauda’ boleh mengubati 50 jenis penyakit tanpa efek. Terdapat ulasan berdasarkan ilmu kedoktoran yang menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda antara lainnya :
  • Anti-inflamasi, untuk mengubati perih/radang tenggorokan
  • Antiarthritis, bagi mengubati reumatik.
  • Analgesik, untuk mengubati sakit gigi serta sakit kepala (migrain).
  • Aktiviti hormon, mengaturkan haid serta meningkatkan aliran susu.
  • Antiseptik, mengubati bau mulut.
  • Antivirus, ubati demam dan flu.
  • Dermatologi, untuk mengubati jerawat dan eksim.
  • Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
  • Sistem kekebalan, bagi meningkatkan daya tahan tubuh bagi menangkal penyakit.
  • Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu.
  • Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
  • Nematocidal, mengubati cacing pita.
  • Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).
Untuk penjelasan yang lebih details mengikut kajian sila klik sini: Habbatus Sauda'

Quote from other
source:

"Semua cendekiawan yang unggul di zaman dahulu dan sekarang telah menulis tentang kelebihan perubatan dan kandungan penyembuhan habbatus sauda. Perubatan Islam mendapati habbatus sauda berkebolehan mengekalkan kesihatan dan memulihkan suhu badan. Tabib di Madinah merujuk kepada sunnah Rasulullah (saw) dalam hal berkaitan pesakit. Imaam ibn al Qayim di dalam bukunya, Tibb al Nabawi, banyak menyebut tentang rawatan perubatan rasulullah (saw) dan penekanan beliau terhadap herba ini. Ibnu Sina, seorang ahli falsafah dan doktor Parsi yang terkenal menyifatkan habbatus sauda sebagai perangsang tenaga dan pemulih semangat dan keletihan. Zahbi, seorang ulama’ berpendapat, habbatus sauda mengeluarkan segala halangan yang ada dalam sistem tubuh. Umat Islam khususnya lebih bergantung kepada penggunaannya kerana yakin dengan sunnah rasulullah (saw)."

Hari ini, habbatus sauda dah banyak dipaketkan dalam bentuk kapsul or softgel (oil), supaya ramai dapat makan dengan senang.


Pengalaman:

1. First product habbatus sauda yang digunakan masa sekolah menengah, selalu dibekalkan oleh ummi before balik asrama:
2. Actually agak lama tak makan semenjak sekolah menengah, until musim H1N1 yang lepas sebab terkena influenza A (negative H1N1), ummi suruh cari habbatus sauda jugak dan
Cik Ain dengan baik hati bagi sebotol habbatus sauda, sampai sekarang tak habis lagi,tapi dah banyak luak kan Ain?hehe.

3. Sekarang, setiap kali terasa lemah badan nak demam, selsema, sesak nafas, dan seangkatan akan mula cari Habbatus Sauda, lebih yakin dengan ubat semulajadi dari ubat klinik. Yang penting setiap kali makan mesti beserta tawakal. In storage sekarang madu habbatus sauda' yang sangat-sangat pekat dan hitam, bau pun sangat menyengat,awal-awal makan dulu terus rasa nak muntah dan tak berani sentuh lagi, tapi lepas makan time lemah badan sebab demam tempoh hari dah boleh terima balik,huhu.


4. My friend, Nela terkena jangkitan H1N1 semasa mengandungkan Ikram, doktor dia nasihatkan makan Habbatus Sauda' tiap hari, Alhamdulillah sembuh tanpa ambil tamiflu (betol x nela?).
Nela bersama healthy Ikram =)

5. Saya dan Ain, setiap kali salah seorang jatuh sakit mesti akan cakap "cepat g makan habbatus sauda". =P

Note:

“Barangsiapa yang mengikut sunnahku, bermakna dia mengasihiku.”
Hadith riwayat Muslim.


Semoga kita tergolong dalam golongan yang sentiasa kasihkan Nabi Muhammad s.a.w.

Semoga penulisan ini dapat memberi manfaat, sekian. Wassalam.

Bersangka-sangka

Posted by MARDYAH & AIN | 11/07/2010 02:14:00 PM | | 0 comments »

Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik...Ada sangkaan buruk...


Orang yang suka beribadah disangka riak

Orang yang relax disangka malas

Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk

Orang yang pakai baju buruk disangka kedekut


Orang yang makan banyak disangka pelahap

Orang yang makan sikit disangka diet

Orang yang baik disangka buruk

Orang yang buruk disangka baik


Orang yang suka senyum disangka mengejek

Orang yang masam disangka merajuk

Orang yang bermuzakarah disangka mengumpat

Orang yang diam disangka menyendiri


Orang yang nampak menawan disangka pakai susuk

Orang yang nampak ceria disangka membela


Mana kita tahu ...

Yang diam itu kerana berzikir kepada Allah


Mana kita tahu ...

Yang senyum itu kerana tujuan bersedekah


Mana kita tahu ...

Yang diam itu kerana mengenangkan nasib masa depan dirinya


Mana kita tahu ....

Yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya


Mana kita tahu ...

Yang ceria itu kerana cergas cerdas otaknya


Renungan bersama: Semoga kita sentiasa bersangka baik

Credit to my adik - uncle-muaz