Eid-Ul Adha Mubarak to All Muslims =)

Posted by MARDYAH & AIN | 11/26/2009 04:12:00 PM | 2 comments »








click start button to view content =)

Sincerely from,
Ain & Mar

Radix Oriental Cuisine, Your Halal Chinese Cuisine

Posted by MARDYAH & AIN | 11/26/2009 01:39:00 PM | | 1 comments »




Radix Oriental Cuisine atau ROC menyediakan resipi asli masakan cina yang segar dan halal. All dishes di ROC ni mmg sedap-sedap, harga pun boleh dikatakan berpatutan dan berbaloi ditambah pula dengan hiasan restoran berkonsepkan oriental yang sgt memukau. Tempoh hari, abah spent only RM56 untuk 4 orang makan. For RM56, we got:




Ikan Goreng Kerapu dimasak dengan Kerabu Mangga


Black Pepper Beef


Mix Veggie

Chicken Lemon

Ini juga beserta nasi yang boleh ditambah dan chinese tea. Harga adalah mengikut pakej, bergantung kepada berapa orang dan juga terdapat pelbagai side dishes yang menarik seperti sup, aiskrim, etc. Apa yang paling penting sekali ia menyediakan sajian masakan cina yang HALAL dan juga dikendalikan oleh MUSLIM sepenuhnya, which is Herba Penawar Al-Wahida (HPA) yang juga terkenal dengan produk Kopi Radix. Jika anda semua datang ke Kedah jangan lupa untuk singgah ke Sungai Petani untuk menikmati masakan cina dari ROC. Lain-lain restoran milik HPA di Sungai Petani:
  • Radix Fried Chicken
  • Restoran Organic Recipe
  • Radix Pizza House
  • Radix Bakery

Signing off,

Kari Ketam

Posted by MARDYAH & AIN | 11/26/2009 12:28:00 PM | | 0 comments »


Ketam Kari ni dimasak semasa beramai-ramai berkampung di rumah Ain. Kredit kepada mak rakan, Shida atas resipi yang diberi semasa kami tak punya idea untuk masak ketam ni.
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ketam siap dipotong kecil-kecil
4 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang besar
2 sudu besar serbuk kari udang&ketam (jika tiada kari daging juga boleh digunakan)
1 cubit garam
1 tangkai cili merah (optional)
½ biji buah tomato (optional)
CARA MEMASAK:

  1. Bawang putih dan merah ditumbuk halus.
  2. Bancuh serbuk kari dan bahan-bahan yang ditumbuk dengan air. Lebih kurang separuh cawan air. Jangan biar bancuhan terlalu pekat atau terlalu cair.
  3. Panaskan 2 sudu minyak masak.
  4. Tumis bancuhan sehingga naik bau.
  5. Masukkan ketam.
  6. Masukkan garam.
  7. Kacau masakan sehingga ketam masak, masukkan bawang besar, tomato dan cili merah yang sudah dipotong.
  8. Biarkan seketika, siap untuk dihidangkan.
Nota:
-Jika hendak menguatkan lagi rasa kari ketam anda, tambahkan dalam masakan anda sos cili.
-Kuantiti bahan-bahan boleh di ubah mengikut saiz hidangan.

Kari ketam dan side dishes yang lain


p/s : baru dapat tahu boleh post blog dari MS Word, huhu ;P

Healthy maggie?

Posted by MARDYAH & AIN | 11/07/2009 03:00:00 AM | , , | 0 comments »

Gamba ini diambil ketika menziarahi negara org and very hard to find halal food..so we end up bringing lots of maggi and brahim. masa tu agak sejuk jadi masak je apa pun mmg licin..apatah lagi adik beradikku semuanya tentera2 belaka.bahan dan cara2nya mudah shj. rasanya takperlu dinyatakan disini pun sebab mungkin ianya menjadi pilihan dirumah ketika tiadanya lauk utk dimasak. neway, bawang putih dihiris, bawang merah dihiris, lada kecil, telur, maggi kari, lots of sayur.paling penting ada tomato. mula2 tumiskan bwg merah, bwg putih dgn sdikit minyak.agak2 layu, masukkan perencah maggi kari dan tumis sampai naik bau. kari ditumis dlu supaya naik rasanya compare dgn bila masuk after dah bubuh air. dan kari yg ditumis dulu lebih sedap rasanya and very rich aroma. tp for a healthier way, xperlu ditumis dulu bawang dan kari, terus didihkan air mcm biasa..kemudian masukkan air secukupnya.agak2 mdidih, masukkan telur, maggi, sayur dan lada. satu2 lah jgn semua in one time.sudah masak kesemuanya maka bolehlah dihidangkan...

when travelling oversea, makanan adalah antara benda yg sangat perlu kta jaga, sbagai seorg muslim.sgt susah utk mcari makanan yg halal dan klu ada restoran yg halal pn xdpt dipastikan ke'halal'annya.kdg2 depan restoran tertulis halal, n org yg menjual ,memasak tu muslim, tapi bila ditanya dari mana dia mendapatkan daging dan ayam, terus mendiam seribu bahasa. bukan shj di luar negara, tp dalam malaysia juga. jagalah apa yg kta makan, apa yg masuk dlm mulut kta utk kesucian diri dan juga hati kita, insyaAllah.WaAllahua'lam.



kediaman sultan brunei di tasik Mandurah



mawaddah...di kings park..



solat di bumi perth...



eh adik, pandang mana tu??


di bandar Fremantle. terkenal dgn fish n chips



pemandangan dari tingkap apartmen..subhanaAllah



pemeriksaan ketat makanan di airport..all unlabeled liquid paste terus dibuang dlm dustbin


Dadih Qayyim

Posted by MARDYAH & AIN | 11/02/2009 12:22:00 PM | , | 0 comments »

Resipi ini menghasilkan 2liter dadih. (about 20 bekas plastik yg kecil tu). dinamakan dadih Qayyim sebab my adik Qayyim yg biasanya bersungguh2 suruh buat dadih ni..

Ingredients

1 1/2 tsp serbuk agar2

biasa guna sudu yg mmg dah ada sukatan tetap.

300ml susu sejat Ideal
7 tbsp coffemate
11 tbsp gula
1700ml air

Methods

Panaskan air hingga mendidih.Api jgn terlalu kuat.

Larutkan serbuk agar2 terlebih dahulu dgn sedikit air. Masukkan. Kacau.



Masukkan susu sejat, coffeemate, gula. Kacau.

Agak2 mendidih lama sedikit, padamkan api. Biarkan seketika.

Tuang dalam bekas bersesuaian, masukkan dalam peti ais.



Inilah hasilnya...:) coklat urai hanya hiasan.

Nota

Utk agar2, mungkin sdikit berbeza kuantitinya jika mgunakan jenama berlainan. Tp slalunya xterlalu jauh bezanya. Jadi jika terlalu lembik atau agak keras, blh ubah kuantiti agar2 next time.

Kuantiti susu sejat, coffeemate dan gula blh diubah mgikut rasa. Jika nak masukkan 1tin susu ideal(=400ml) then air dikurangkan.apa2pun, pastikan total up 2liter(400ml susu+1600ml air nya).

Dadih ni perisa susu. Jika mahu perisa berlainan, bolehlah ditambahkan.cthnya perisa jagung, tambahkan pati jagung. kalau mahu perisa pandan, kisarkan pandan utk mdpt air dan warnanya lalu ditambahkn.begitu juga perisa lain2 seperti koko, strawberry mangga dan sbagainya.