
Ketam Kari ni dimasak semasa beramai-ramai berkampung di rumah Ain. Kredit kepada mak rakan, Shida atas resipi yang diberi semasa kami tak punya  idea untuk masak ketam ni.
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ketam  siap dipotong kecil-kecil
4 ulas bawang  putih
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang besar
2 sudu besar serbuk kari udang&ketam (jika tiada kari daging juga boleh digunakan)
1 cubit garam
1 tangkai cili merah (optional)
½ biji buah tomato (optional)
CARA MEMASAK:
- Bawang putih dan merah ditumbuk halus.
 - Bancuh serbuk kari dan bahan-bahan yang ditumbuk dengan air. Lebih kurang separuh cawan air. Jangan biar bancuhan terlalu pekat atau terlalu cair.
 - Panaskan 2 sudu minyak masak.
 - Tumis bancuhan sehingga naik bau.
 - Masukkan ketam.
 - Masukkan garam.
 - Kacau masakan sehingga ketam masak, masukkan bawang besar, tomato dan cili merah yang sudah dipotong.
 - Biarkan seketika, siap untuk dihidangkan.
 
-Jika hendak menguatkan lagi rasa kari ketam anda, tambahkan dalam masakan anda sos cili.
-Kuantiti bahan-bahan boleh di ubah mengikut saiz hidangan.

Kari ketam dan side dishes yang lain
p/s : baru dapat tahu boleh post blog dari MS Word, huhu ;P
 
0 comments
Post a Comment